Untuk penunggang, pelari & kaki jalan Malaysia

Bosan dengan Morning Ride?

Stranama tukar nama aktiviti Strava anda secara automatik kepada petikan lagu, filem, peribahasa dan loyar buruk — semuanya dari Malaysia. Anda kayuh, kami bagi nama. Itu je.

572 nama dalam pool 216 aktiviti dinamakan Percuma
Ahmad Kayuh
Hari ini 6:42 PG · Kajang, Selangor
Morning Ride
Kayuh je lah, jangan banyak fikir
Loyar buruk
Jarak
62.4 km
Naik
718 m
Masa
2j 21m

Cara ia berfungsi

Tiga langkah. Langkah ketiga paling senang — tak buat apa-apa.

1

Sambung Strava

Log masuk sekali dengan Strava dan benarkan Stranama mengedit nama aktiviti anda.

2

Kayuh, lari, jalan

Rakam macam biasa — Garmin, Wahoo, telefon, MyWhoosh, Zwift. Tak perlu tukar apa-apa.

3

Upload tanpa nama

Bila Strava letak nama default macam Morning Ride, Stranama gantikan dalam beberapa saat.

Tak suka? Tambah :(
Edit nama, tambah :( di hujung dan simpan. Kami bagi nama lain.
Nama sendiri dihormati
Kalau anda dah beri nama, Stranama tak sentuh langsung.
Kredit sumber
Deskripsi aktiviti disertakan satu baris kecil dengan pautan ke Stranama.
Anda pilih
Pilih jenis aktiviti dan kategori nama. Boleh pause bila-bila.

Dari mana datangnya nama?

Semua dikurasi tangan, semua dari Malaysia. Tiada AI yang mengarang pantun pelik.

Lagu

Baris lagu Melayu, rock kapak, dangdut, balada 80-an dan lagu raya — lengkap dengan nama artis.

Filem & TV

Dialog ikonik filem klasik hitam putih sampai ke filem box office dan drama TV tempatan.

Peribahasa

Kebijaksanaan orang tua-tua. Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit — sesuai sangat untuk kilometer.

Loyar buruk

Manglish, lawak mamak, dan penderitaan zon 2 yang jadi zon 5. Ditulis khas untuk Stranama.

Contoh rawak dari pool

Betul, betul, betul! Jalan pemulihan selepas makan kenduri Jalan-jalan cari makan, termasuk 40km Inspektor Khai dan Sani pun tak semput macam ni Upload dulu, regang kemudian Jalan sebab LRT rosak Pak Jabit, nak mee kari... kuah laksa Bujang lapok berlari mencari jodoh, jumpa PR Lari dengan anjing jiran (anjing jiran yang lari dengan saya) Jalan bawah pokok, redup dan reda

In English

Stranama is a free hobby service for Malaysian riders, runners and walkers. Connect your Strava account once. When you upload an activity with a default title like Morning Ride, Stranama replaces it with a Malaysian proverb, song or film line, or a local joke, and adds a short credit to the description. Titles you write yourself are never changed. To get another name, add :( to the end of the title. Choose which activity types get renamed in your account settings; when you save them, Stranama re-checks your activities from the last 7 days and names any that now qualify. You can pause or delete your account at any time. See the privacy policy.

Soalan lazim

Percuma. Server kecil je, kos dia secawan teh tarik sebulan.

Nama automatik Strava seperti Morning Ride, Lunch Run, Evening Walk. Pilihan tambahan: nama auto dari MyWhoosh, Zwift, ROUVY dan Garmin (contoh Kajang Road Cycling).

Ride, Virtual Ride, Gravel, MTB, E-Bike, Run, Virtual Run, Trail Run, Walk dan Hike. Semua aktif secara lalai; dalam halaman Akaun anda boleh tutup jenis yang tak mahu dinamakan. Hanya jenis yang dipilih akan ditukar nama.

Tak apa. Bila anda simpan tetapan di halaman Akaun (contohnya baru hidupkan Hike), Stranama akan semak semula aktiviti 7 hari lepas dan namakan yang layak. Nama yang anda tulis sendiri tetap tak disentuh.

Hanya ID atlet, token akses Strava (disulitkan) dan senarai nama yang pernah diberi. Tiada GPS, tiada data kesihatan, tiada iklan. Baca polisi privasi.

Pause dalam halaman Akaun, atau padam akaun terus — akses Strava akan dibatalkan serta-merta.

Boleh! Hantar cadangan melalui mohdneotech.com. Untuk lagu dan filem, sertakan nama artis/filem dan tahun.
Jom, bagi aktiviti anda nama yang ada jiwa.
Sekali sambung. Lepas tu kayuh je.
Connect with Strava